Kali ini saya nak buat entry pasal En. Awe kambing Pak Tam. Ingat tak ada satu entry pasal kambing sebelum ini? Masa tu Awe kecil lagi. Sekarang Awe dah jadi En. Awe. Sudah besar dan menjadi bapak baka. Manja bukanlah main En. Awe ini sebab dari kecil telah terpisah dengan ibunya.
Sekarang perangainya tidak mahu bercampur dengan kambing-kambing lain malah makan pun tak boleh share-share. Nak makan sendiri-sendiri.
Hari ini En. Awe haus. Ahaks....paip di tengah halaman rumah Uwan menjadi sasaran. Pandai dia menjilat air terus dari kepala paip.